Total Pageviews

Monday, October 26, 2020

PUNCA BERLAKUNYA KRISIS KEWANGAN GLOBAL 1997



-Spekulator mata wang

-Krisis keyakinan dan kesan penularan

-Integrasi dalam pasaran sejagat

-Kelemahan polisi ekonomi dalaman

-Teori pusingan ekonomi


a) Spekulator mata wang

-George Soros: spekulator mata wang

-Spekulator: Orang yang membuat spekulasi dalam pasaran sahan dengan harapan dapat membuat keuntungan walaupun terpaksa menghadapi risiko.

-Apabila mata wang diramal turun, para spekulator akan menjual mata wamg tersebut. Apabila mata wang benar-benar turun, maka mata wang tersebut akan dibeli semula pada kadar yang murah.

-Jika mata wang dinaikkan nilainya, spekulator akan membeli mata wang tersebut. Apabila nilai mata wang betul-betul meningkat, spekulator akan menjual dan memperoleh keuntungan daripada urus niaga tersebut.

a) Krisis keyakinan dan kesan penularan 

-Faktor teknikal ini perlu diambil kira kerana memberi kesan yang besar terhadap permintaan dan penawaran sesuatu mata wang.

-Jika keadaan ekonomi dan politik negara kurang meyakinkan mata wang negara akan dijual di pasaran.

-Pelabut asing akan menarik keluar pelaburan, jadi pengaruh mereka ini turut menular kepada pelabur tempatan.

c) Integrasi dalam pasaran sejagat

- Era globalisasi yang dikaitkan dengan dunia tanpa sempadan menjadi penyumbang krisis ini.

-Sesebuah negara yang terintegrasi ke dalam sistem pasaran kewangan global akan menjadi penentu kepada sejauh mana krisis ini dirasai.

-"Krisis kewangan di ASEAN merupakan satu penjajahan cara baru" kata Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad.

d) Kelemahan polisi ekonomi dalaman

- Ekonomi yang tumbuh melebihi potensi, defesit akaun semasa dalam imbangan pembayaran, produktiviti yang rendah dan pertumbuhan kredit dalam sektor yang tidak produktif.

i) Ekonomi yang tumbuh melebihi potensi

-Di Malaysia, KDNK mengalami pertumbuhan sebanyak 8.5% bagi tahun 1991 sehingga 1997.

-Kadar kemiskinan di Malaysia juga berjaya dikurangkan daripada 16.5% kepada 6.1%.

-Tahun 1987-1997, kadar pertumbuhan sebenar Malaysia telah melebihi kadar potensi pertumbuhan berdasarkan sumber yang ada.

ii) Defisit akaun semasa dalam imbangan pembayaran

-Jumlah import melebihi jumlah eksport

-Permintaan terhadap mata wang pengeksport akan meningkat apabila aktiviti import meningkat.

-Penawaran mata wang negara tersebut akan meningkat di pasaran, maka nilainya akan menurun.

iii) Produktiviti yang rendah dan pertumbuhan kredit dalam sektor yang tidak produktif

-Perkembangan dalam sektor hartanah yang lembab dan tidak memberi sumbangan kepada negara.

-Daya pengeluaran sektor perkilangan yang rendah. 

-Malaysia merupakan pengeksport penyaman udara terbesar di dunia dan pengeksport semikonduktor kedua terbesar di dunia namun ia hanya memberikan nilai tambah yang sangat kecil.

e) Teori pusingan ekonomi

-Krisis ini merupakan satu fenomena semula jadi yang pasti akan berlaku pada setiap 10 tahun.

-Hal ini tidak dapat dielakkan kerana ekonomi mengalami turun dan naik.

No comments:

Post a Comment