KRISIS KEWANGAN GLOBAL, PUNCA DAN KESANNYA TERHADAP MALAYSIA
[GCI 1022 - CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA - ENCIK NORIZMAN BIN IDRIS] [GKB 1053- KEMAHIRAN BELAJAR- DR ABDUL HADI BIN MAT DAWI]
Total Pageviews
Monday, October 26, 2020
KATA ALU-ALUAN
KATA ALU-ALUAN
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, ahli kumpulan kami dapat menyiapkan tugasan blog ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah-pensyarah kami iaitu Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi serta Encik Norizman bin Idris atas segala tunjuk ajar dan bantuan dari awal tugasan ini diberikan sehinggalah kami dapat menyiapkannya dengan sempurna. Diharapkan agar blog ini dapat membantu pencarian kalian semua yang ingin mengetahui tentang Krisis Kewangan Global. Segala kekhilafan daripada pihak kami amatlah dikesali. Semoga bermanfaat!
Mencari bunga si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
PENGENALAN
PENGENALAN
- Krisis ialah keadaan yang tidak terkawal yang berlaku secara tiba-tiba lazimnya mendatangkan kesan buruk, kesan yang genting dan tegang.
-Kewangan ialah perihal wang iaitu keadaan dan urusan wang, segala sesuatu yang berkaitan dengan wang.
-Krisis kewangan pula ialah suatu keadaan yang membimbangkan mengenai soal-soal kewangan.
-Krisis kewangan global 1997 di rantau Asia.
https://blog.olymptrade.com/ms/what-to-do-in-a-global-financial-crisis-ms/
PUNCA BERLAKUNYA KRISIS KEWANGAN GLOBAL 1997
-Spekulator mata wang
-Krisis keyakinan dan kesan penularan
-Integrasi dalam pasaran sejagat
-Kelemahan polisi ekonomi dalaman
-Teori pusingan ekonomi
a) Spekulator mata wang
-George Soros: spekulator mata wang
-Spekulator: Orang yang membuat spekulasi dalam pasaran sahan dengan harapan dapat membuat keuntungan walaupun terpaksa menghadapi risiko.
-Apabila mata wang diramal turun, para spekulator akan menjual mata wamg tersebut. Apabila mata wang benar-benar turun, maka mata wang tersebut akan dibeli semula pada kadar yang murah.
-Jika mata wang dinaikkan nilainya, spekulator akan membeli mata wang tersebut. Apabila nilai mata wang betul-betul meningkat, spekulator akan menjual dan memperoleh keuntungan daripada urus niaga tersebut.
a) Krisis keyakinan dan kesan penularan
-Faktor teknikal ini perlu diambil kira kerana memberi kesan yang besar terhadap permintaan dan penawaran sesuatu mata wang.
-Jika keadaan ekonomi dan politik negara kurang meyakinkan mata wang negara akan dijual di pasaran.
-Pelabut asing akan menarik keluar pelaburan, jadi pengaruh mereka ini turut menular kepada pelabur tempatan.
c) Integrasi dalam pasaran sejagat
- Era globalisasi yang dikaitkan dengan dunia tanpa sempadan menjadi penyumbang krisis ini.
-Sesebuah negara yang terintegrasi ke dalam sistem pasaran kewangan global akan menjadi penentu kepada sejauh mana krisis ini dirasai.
-"Krisis kewangan di ASEAN merupakan satu penjajahan cara baru" kata Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad.
d) Kelemahan polisi ekonomi dalaman
- Ekonomi yang tumbuh melebihi potensi, defesit akaun semasa dalam imbangan pembayaran, produktiviti yang rendah dan pertumbuhan kredit dalam sektor yang tidak produktif.
i) Ekonomi yang tumbuh melebihi potensi
-Di Malaysia, KDNK mengalami pertumbuhan sebanyak 8.5% bagi tahun 1991 sehingga 1997.
-Kadar kemiskinan di Malaysia juga berjaya dikurangkan daripada 16.5% kepada 6.1%.
-Tahun 1987-1997, kadar pertumbuhan sebenar Malaysia telah melebihi kadar potensi pertumbuhan berdasarkan sumber yang ada.
ii) Defisit akaun semasa dalam imbangan pembayaran
-Jumlah import melebihi jumlah eksport
-Permintaan terhadap mata wang pengeksport akan meningkat apabila aktiviti import meningkat.
-Penawaran mata wang negara tersebut akan meningkat di pasaran, maka nilainya akan menurun.
iii) Produktiviti yang rendah dan pertumbuhan kredit dalam sektor yang tidak produktif
-Perkembangan dalam sektor hartanah yang lembab dan tidak memberi sumbangan kepada negara.
-Daya pengeluaran sektor perkilangan yang rendah.
-Malaysia merupakan pengeksport penyaman udara terbesar di dunia dan pengeksport semikonduktor kedua terbesar di dunia namun ia hanya memberikan nilai tambah yang sangat kecil.
e) Teori pusingan ekonomi
-Krisis ini merupakan satu fenomena semula jadi yang pasti akan berlaku pada setiap 10 tahun.
-Hal ini tidak dapat dielakkan kerana ekonomi mengalami turun dan naik.
KESAN KRISIS KEWANGAN GLOBAL KEPADA MALAYSIA
Peningkatan kadar pengangguran
Peningkatan harga barang
Kejatuhan mata wang dan pasaran saham
Pengurangan peruntukkan perbelanjaan
a) Peningkatan kadar pengangguran
-Perangkaan menunjukkan bahawa seramai 83,865 orang pekerja telah diberhentikan di Malaysia sepanjang tahun 1998.
-Peningkatan kadar pengangguran di Malaysia daripada 229,700 pada 1997 kepada 444,200 pada tahun 1998.
-Kadar pengangguran meningkat daripada 2.7% kepada 3.9%.
b) Peningkatan harga barang
-Akibat daripada kejatuhan mata wang Ringgit, kadar inflasi meningkat daripada 2.7% pada 1997 kepada 4.9% pada 1998.
-Rakyat yang miskin menerima pukulan hebat: kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup
c) Pengurangan peruntukan perbelanjaan
-Kadar kemiskinan di Malaysia dijangka meningkat daripada 6.8% pada 1987 kepada 8.5% pada 1997.
-Bilangan isi rumah miskin dijangkakan meningkat daripada 346,000 kepada 448,500.
-Kerajaan telah mengurangkan peruntukan perbelanjaan pada tahun 1998.
d) Kejatuhan mata wang dan pasaran saham
-Rakyat akan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.
-Kenaikan harga barang keperluan
-Serangan penyangak mata wang di Malaysia menyebabkan jualan menyeluruh di pasaran saham dan pasaran tukaran wang konteks KLSE menjunam dari 1200 mata kepada 600 mata.
PANDEMIK COVID-19
STATISTIK COVID-19 DUNIA (SETAKAT 25 OKTOBER 2020)
JUMLAH KESELURUHAN : 42,993,334
JUMLAH KEMATIAN : 1,155,311
JUMLAH KES SEMBUH : 31,222,752
Akibat pandemik Covid-19 ini, kebanyakkan negara mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penyakit berjangkit ini.
Wuhan, China - 23 Januari 2020
Itali - 9 Mac 2020
Malaysia - 18 Mac 2020
Singapura - 7 April 2020
KESAN COVID-19 KEPADA EKONOMI MALAYSIA
- KADAR PENGANGGURAN MENINGKAT
Peningkatan sebanyak 17.1 % kepada 610,500 orang berbanding 521,300
(Mac 2019)
- SYARIKAT GERGASI MENGALAMI MENGALAMI KERUGIAN
- KEMEROSOTAN INDEKS HARGA PENGGUNA (IHP)
- MERENCATKAN PERDAGANGAN
Monday, October 12, 2020


















